Username
Password
 
 

Biodata Pengerusi Eksekutif


PROF MADYA DATO' DR ABD RAHMAN DAUD

Prof Madya Dato' Dr Abd Rahman Daud dilahirkan pada 19 hb Februari,1951 di Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra daripada 1969-1970 sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya pada tahun 1971 dan mendapat Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Pada tahun 1989, beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dan Berjaya mendapat Sarjana Lengkap ( Drs ) daripad Universiti Nasional Indonesia. Beliau seterusnya melanjutkan lagi pelajarannya ke peringkat sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) pada tahun 1992. Dalam tahun 1999, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah ( Ph.D ) juga daripada UKM.

Prof Madya Dato' Dr. Abd Rahman adalah merupakan seorang tokoh pendidik dan beliau mengkhususkan pengajarannya dalam bidang Teknologi Pendidikan, Rekabentuk Pengajaran dan Bahan dan Sumber Pengajaran.

Beliau pernah menjadi seorang guru dari tahun 1975 hingga 1986 sebelum berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidkan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia daripada tahun 1986 hingga 1989.

Beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Terbuka Malaysia ( UNITEM ), Kuala Lumpur pada tahun 2000 hingga sekarang.Disamping UNITEM, beliau yang berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ), Tanjong Malim sejak tahun 1997 hingga sekarang dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pendidikan, UPSI .

Prof Madya Dato' Dr. Abd Rahman yang telah mencapai umur persaraan wajib pada tahun 2006 terus aktif sebagai pensyarah ( kontrak ) hingga sekarang.

Minat beliau yang begitu mendalam dalam bidang pendidikan menyebabkan Prof Madya Dato' Dr. Abd Rahman terus bergiat cergas dalam beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan dengan profession perguruan dan pendidikan.

Kini Prof Madya Dato' Dr Abd Rahman terus menggunakan segala pengalaman dan kepakarannya dalam bidang teknologi pendidikan bagi membangunkan satu sistem e-pendidikan dengan tumpuan khas kepada pembangunan portal pendidikan yang lengkap dan komprehensif. Wawasan beliau direalisasikan melalui Syarikat KTU Dotcom Sdn Bhd ( KTU Dotcom ) dimana beliau terus memberi sumbangan ini sebagai rakan strategik kepada Perfisio Solutions Sdn Bhd ( Perfisio) iaitu anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan Melayu , Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, Kakak.tua.com Sdn Bhd dan Perbima Corporation Sdn Bhd bagi menjadikan portal pendidikan tutor.com.my sebagai Portal Pendidikan Nombor Satu Di Malaysia bagi tujuan 'enhancement' kepada 5.1 juta pelajar di 10,000 buah sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.


halaman seterusnya....> Kata-kata Aluan oleh Pengerusi Eksekutif
 

Pakej Sekolah Cermerlang Skim Takaful KTU

Email:

ktu@trialexam.com.my
or;
ktu@ktu.com.my

Phone: (03) 4256 4702
Fax: (03) 4253 3842
between 9am - 5pm.
Monday - Friday.

Copyright © 2007 - 2008 KTU Dotcom Sdn. Bhd. All rights reserved.

PENAFIAN :
KTU Dotcom Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul kerana penggunaan maklumat yang terdapat dalam website ini.

website maintenance by Interactive Solutions House