Assamualaikum dan salam sejahtera ,
Saya amat gembira dan turut merasa bangga kerana sebuah lagi syarikat bumiputra akan
menjadikan teknologi ICT sebagai teras perniagaannya .KTU Dotcom Sdn Bhd ( KTU Dotcom )
ditubukan ketika kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) sedang tercari-cari
formula bagaimana teknologi ICT dapat diterap sehingga menjadi satu budaya dikalangan warga
sekolah terutamanya guru dan pelajar.Berbagai usaha telah dibuat termasuklah dengan memperkenalkan
konsep sekolah bestari ,menubuhkan pusat akses di semua sekolah dan melatih guru-guru secara agresif.
KTU Dotcom bersama dengan rakan-rakan strategiknya seperti Perfisio Solutions , Majlis Permuafakatan
PIBG Nasional ,Kakaktua.com dan Perbima Corporation komited dan bersama membangunkan satu sistem
e-pendidikan yang dikenali sebagai tutor.com.my . Portal yang serba lengkap ini juga merupakan
antara yang paling komprehensif dan amat popular di sekolah. Portal ini mempunyai lebih dari 65,000
bank soalan dan menjadikan 5.1 juta pelajar sekolah sebagai fokus utamanya.
Program e-pembelajaran ini jika digunakan sepenuhnya sebagai bahan 'enhancement' kepada pelajar
pasti dapat merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar yang kini begitu
ketara.
KTU Dotcom sedang berusaha untuk membuat satu lagi lonjakan dalam sistem pembelajaran di negara
ini melalui program e-tuisyen dimana pusat-pusat tuisyen akan menggunakan teknologi ICT sepenuhnya.
Guru-guru pakar subjek akan berhubung dengan pelajar secara online.
KTU Dotcom juga komited untuk membantu melahirkan lebih ramai wakil-wakil pemasaran kepada
Perfisio bagi memperluaskan penggunaan portal tutor.com.my kepada lebih 5.1 juta pelajar
meliputi 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Semoga segala usaha murni ini akan membawa kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.
Sekian. Terima kasih
PROF MADYA DATO' DR ABD RAHMAN DAUD
10 hb Jun, 2007