KTU Dotcom Sdn Bhd (KTU Dotcom) ditubuhkan pada 25 hb Ogos ,2006 oleh pengasas syarikat
iaitu Prof Madya Dato' Dr. Abd Rahman Daud. Penubuhan syarikat ini dibuat sebagai menyahut seruan
kerajaan yang mahu melihat lebih ramai kaum bumiputra melibatkan diri secara aktif dalam perniagaan
berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
KTU Dotcom adalah sebuah syarikat yang bertaraf bumiputra sepenuhnya dan berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia.
KTU Dotcom juga mempunyai beberapa buah syarikat gabungan iaitu Gabungan Sutera Sdn Bhd (GSSB),
Edaran Komnas (Komnas), GSSB Network Marketing Enterprise (GSSB Marketing),
Temoleh Premium Collections (Temoleh), Graduate Thesis Master (Thesis Master), Itscom Services (Itscom).
KTU Dotcom juga menjalin kerjasama perniagaan dengan beberapa rakan strategik iaitu
Perfisio Solutions Sdn Bhd (Perfisio) iaitu anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan
Melayu Bhd., Perbima Corporation Sdn Bhd (Perbima), Kakaktua.com Sdn Bhd (Kakaktua),
K-Perak Incorporated (K-Perak), Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN) dan
Interactive Solutions House (Interactive).
Matlamat Syarikat
- Untuk membangunkan kaedah pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran bagi kegunaan pelajar-pelajar sekolah meliputi tahun 1 hingga tingkatan 5.
- Untuk membangunakan sistem E-Tuisyen iaitu kelas tuisyen yang menggunakan kaedah online sepenuhnya.
- Untuk membangunkan rujukan kumpulanguru-guru pakar yang menggunakan kaedah online dikenali sebagai Cyber Guru.
- Untuk mengembangkan konsep peperiksaan dalam talian atau exam online bagi kegunaan pelajar dan juga sekolah.
- Untuk membangunkan produk-produk berkaitan bidang pendidikan
- Untuk membangunkan produk-produk berkaitan kesihatan.
Pengurusan Syarikat
Pengurusan KTU Dotcom diterajui oleh seorang yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman
luas dalam bidang pendidikan iaitu Prof. Madya Dato' Dr Abd Rahman Daud yang memegang
jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif.
Disamping itu syarikat juga mempunyai seorang Penasihat Pengisian (Content Development Advisor)
Bagi memastikan kelancaran pengurusann syarikat, dua orang Pengurus Besar iaitu dua rang
seorang Pengurus Besar Kanan (PBK) iaitu PBK Pentadbiran Dan Kewangan dan PBK Operasi.
Disamping PBK, KTU juga mempunyai 3 orang eksekutif yang bertindak sebagai tenaga
pengurusan harian di pejabat syarikat.
halaman seterusnya....> Biodata Pengerusi Eksekutif