Username
Password
 
 

Testimoni Ibubapa dan Guru


"Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My merupakan kaedah tuisyen secara atas talian yang lengkap dengan latihan dan rujukan untuk pelajar. Kita tidak lagi perlu membeli buku-buku rujukan yang kita sendiri tidak tahu sama ada digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Program ini baik dan dapat membantu pelajar. Setiap pelajar perlu memilikinya"

PROF MADYA DATUK DR MOHAMAD ALI HASAN
Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN)

"Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My adalah portal pendidikan yang paling komprehensif dan lengkap sebagai kaedah pembelajaran kendiri. Latihan secara topikal dapat membantu pelajar memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas. Ujian penilaian secara online dapat memberi peluang kepada pelajar menguji tahap kefahaman dalam setiap subjek. Nota dan panduan jawapan yang disediakan memudahkan pelajar membuat rujukan secara cepat.

Bagi ibu bapa dan guru , saya yakin mereka akan gembira kerana portal ini mengandungi kaedah pemantauan secara sistematik yang boleh diakses melalui internet pada bila-bila masa dan dimana juga mereka berada .

Proses pembelajaran menggunakan portal ini begitu menyeronokan dan pelajar akan mendapat galakan secara berterusan. Jika digunakan secara meluas di sekolah, saya yakin ia dapat merapatkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar. Merupakan kaedah paling cepat dan berkesan untuk menyemai budaya celik komputer dikalangan pelajar dan warga sekolah.

Kos langganan bersamaan dengan RM 10.00 sebulan untuk semua subjek utama adalah munasabah dan kebanyakan pelajar mampu memilikinya. Pihak sekolah wajar menyediakan program ini untuk rujukan pelajar disemua pusat akses sekolah. Bank soalan dengan lebih dari 65,000 soalan membolehkan pelajar membuat latih-tubi secara berterusan.

Kementerian Pelajaran perlu menilai kewajaran penggunaan portal ini bagi membantu pelajar dan guru di sekolah"

PROF MADYA DATO. DR. ABD RAHMAN DAUD
Pensyarah Kanan Teknologi Pendidikan , UPSI
dan Bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)

"Selama ini saya melatih pelajar motivasi saya tentang strategi pembelajaran aktif yang menekankan proses pembelajaran output. Apa yang disediakan oleh pakej ini membuatkan pembelajaran output ini menjadi lebih interaktif, menyeronokkan dan efektif hinggakan mereka boleh belajar berjam-jam tanpa rasa jemu."


DR. TENGKU ASMADI TENGKU MOHAMAD
Pengasas dan Perunding Utama
Motivasi Alihan Pelajar

"This portal is really works for my son. He looks so professional when access to the website. As parent I don’t mind to spend RM 120.00 per year because it covers 6 subjects in PMR. My son will sit for PMR exam next year. If we convert the fee to monthly basis, it will cost a parent only RM 10.00 per month but this is for 6 subjects. So if we calculate the cost on daily basis , it is just equivalent to RM 3.00 per day for 6 subjects or 0.50 cents per day for one subject.What we can do with 50 cents today? Even our children pocket money at least RM 3.00 per day. So parents just make a wise decision today, lets register your children today. No more delay because exam is just at the corner. Give them chance to excell in their education and at the same time become computer literate. To me this is really a good investment "

HJH HATIMAH HJ ABDULLAH
Parent to Muhammad Hakim Azmi

"Saya merasakan program ini sangat membantu dan memudahkan sepupu saya mengulangkaji pelajarannya terutamanya disaat-saat akhir menjelangnya peperiksaan.Saya lihat prestasi pelajarannya semakin meningkat selepas menggunakan program ini"

NOOR SHELIZA IBRAHIM
Sepupu Marina Bt Mohad Hanafiah

"Saya paling risau kalau anak-anak terutamanya yang belajar di sekolah menengah bertanya tentang masalah pelajaran mereka. Sukar untuk membantu mereka. Melalui program ini masalah ini telah selesai kerana belajar secara kendiri. Jika ada masalah mereka boleh meneliti panduan jawapan yang disediakan oleh guru. Nota pun disediakan secara dalam talian dan jika pelajar mahu mereka boleh mencetaknya"

KA'AN BT MAT SAMAN
Ibu kepada Mohamad Ahnaf

"Pelajar mudah memahami subjek dan mereka belajar dengan lebih fokus. Pelajar dapat mengenalpasti kelemahan sendiri dan dapat mengatasinya dengan cepat sebelum peperiksaan tiba. Sebagai bapa saya dapat memantau perkembangan pelajaran anak saya dan cuba membantunya. Program ini memang baik boleh membantu ibu bapa"

ZAINUDIN BIN ISMAIL
Bapa kepada Muhammad Hizami

 

Pakej Sekolah Cermerlang Skim Takaful KTU

Email:

ktu@trialexam.com.my
or;
ktu@ktu.com.my

Phone: (03) 4256 4702
Fax: (03) 4253 3842
between 9am - 5pm.
Monday - Friday.

Copyright © 2007 - 2008 KTU Dotcom Sdn. Bhd. All rights reserved.

PENAFIAN :
KTU Dotcom Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul kerana penggunaan maklumat yang terdapat dalam website ini.

website maintenance by Interactive Solutions House