
"Saya akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2008. Peperiksaan adalah sesuatu yang
amat menakutkan setiap pelajar terutamanya jika kita tidak bersedia. Saya menggunakan
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online
Tutor.Com.My hampir setiap hari. Kelebihan
portal ini ialah mengandungi kedua-dua jenis soalan objektif dan subjektif yang tidak
boleh diperolehi melalui portal lain. Skima jawapan yang disediakan memudahkan saya
melatih diri menjawab dengan cara yang betul seperti dikehendaki.
Pembelajaran secara online sungguh mudah dan berkesan. Rekod pencapaian saya sentiasa
dikemaskini sepanjang masa melalui e-kad laporan secara automatik. Kelemahan saya dalam
topik tertentu dapat dikesan dengan mudah dan langkah-langkah mengatasinya melalui latihan
topikal dan ujian penilaian dalam talian dapat dibuat dengan cepat.
Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami subjek Science dan Mathematics yang diajar
oleh guru dalam kelas walau pun ia dalam Bahasa Inggeris kerana saya sentiasa membuat
persediaan awal melalui nota dalam talian yang begitu lengkap dan menarik. Saya tidak
perlu membuat nota tambahan kerana nota-nota tersebut boleh dicetak pada bila-bila masa.
Tiada tekanan mental semasa belajar.Saya rasa selesa dengan kaedah pembelajaran secara online ini.
Selain dari saya, kakak saya Noor Sabariah yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung
tahun 2007 ini turut menggunakannya.
Kami berterima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang begitu perihatin dan sudi melanggan
pakej ini untuk membantu kami. Pada saya setiap ibu bapa perlu memikirkan perkara secara serius"
Muhammad Hakim Azmi
Pelajar Tingkatan 2
Victoria Institution, Kuala Lumpur