Kenapa MESTI Mengubah Kaedah Pembelajaran? 1. Tahap Penerimaan Pelajaran Berbeza di kalangan pelajar
Di sekolah, guru mengajar lebih daripada 20 orang pelajar di dalam sesebuah kelas.
Kaedah pengajaran guru pula adalah sama untuk semua pelajar akibatnya sesetengah pelajar tidak dapat
mengikuti tempo pengajaran guru tersebut. Situasi ini akan berlarutan sehingga pelajar tidak memahami
keseluruhan topik pembelajaran tersebut. Pada akhirnya pelajar akan ketinggalan di dalam pelajaran
tersebut yang mengakibatkan prestasi mereka bertambah menurun.
**********************************
**********************************2. Cara Belajar Setiap Pelajar Adalah Tersendiri
Secara normalnya, pelajar mengingati sesuatu teori atau fakta melalui kaedah hafalan dan latihan.
Namun begitu, kaedah pembelajaran ini mempunyai hadnya kerana kekangan jumlah teori yang boleh dihafal
dalam sesuatu masa dan jumlah latihan yang terhad.
Tambahan pula kaedah hafalan tidak menjamin pelajar boleh mengaplikasikan teori yang telah dihafal. Manakala kaedah latihan pula perlu disertai dengan penerangan dan panduan yang betul mengenai jawapan untuk latihan tersebut. **********************************3. Pencapaian Pelajar Perlu Dipantau Lebih Kerap
Pada kebiasaannya ibu bapa mahupun pelajar menilai pencapaian akademik setelah mendapat kad laporan
guru. Prestasi pelajar dinilai hanya beberapa kali dalam setahun iaitu melalui pepriksaan dan ujian.
Penilaian ini sebenarnya adalah amat terhad dan tidak mencerminkan prestasi pelajar sepanjang tahun. Justeru pelajar tidak dapat mengenal pasti dengan tepat kelemahan mereka di dalam sesuatu topik pembelajaran. **********************************
**********************************4. Kaedah pembelajaran yang mudah difahami dan menarik perhatian amat disukai pelajar
Pelajar sering berhadapan kesukaran mengulangkaji menggunakan buku rujukan yang tebal. Kadangkala
pelajar juga berasa bosan membaca dan mencari bahan ulangkaji di dalam buku tersebut.
Hal ini kerana persembahan bahan adalah bersifat statik dan kurang mencabar minda pelajar. Akibat daripada hal ini pelajar kurang memeberikan penumpuan kepada fakta dan teori penting yang perlu difahami. **********************************
**********************************Siapakah pelajar yang layak menggunakan pakej ini?dengan harga tawaran terakhir RM 120 setahun sahaja!
|
|
|
Copyright © 2007 - 2008 KTU Dotcom Sdn. Bhd. All rights reserved.
PENAFIAN :
website maintenance by Interactive Solutions House
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||